Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Putra Terrace's Site

HomeWarga Putra Terrace
Assalammualaikum w.b. r dan Salam Sejahtera kepada semua warga Putra Terrace yang dikasihi,

Terlebih dahalu saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan Tahniah atas kewujudan laman sesawang Putra Terrace ini dan juga menngucapkan terima kasih kepada mereka yang telah berusaha mewujudkannya.

Diharapkan dengan adanya laman ini dapatlah ia menjadi medium perantara utama kepada semua warga Putra Terrace bagi mengetahui informasi terkini tentang aktiviti-aktiviti di Putra Terrace khasnya dan di Bandar Seri Putra amnya. Ia juga boleh menjadi medan bagi warga Putra Terrace berinterasi secara maya dan berkongsi maklumat. Apa yang lebih penting ialah semoga ia juga menjadi antara perantara utama bagi mengembling tenaga, usaha dan idea untuk kehidupan kejiranan yang harmonis dan saling membahu.

Pengerusi hanyalah orang yang dipilih sebagai ‘pemandu’ bagi memacu jentera yang bernama ‘Persatuan Penduduk Putra Terrace’ di litar kejiranan. Dan kita semua adalah pemilik kepada jentera tersebut. Maka dalam pengerusi dan AJK yang dilantik melaksanakan tugas masing-masing sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan, seluruh warga Putra Terrace juga adalah bertanggungjawab memberi sokongan moral yang padu dan jitu agar jentera kita dapat beroperasi dalam keadaan baik dan mencapai matlamat seperti yang dikehendaki oleh pemilik tadi.

Kita semualah yang akan menentukan samada persatuan ini bakal menjadi satu persatuan yang dapat menjaga kebajikan seluruh warga Putra Terrace atau sebuah persatuan yang hidup atas ikhsan dan kebajikan segelintir dari kita.

Tahniah juga diucapkan kepada semua warga Putra Terrace atas pencapaian kita selama ini, terima kasih kepada mantan Pengerusi dan AJK yang lalu bermula dari kejiranan Putra Terrace ini wujud dan kepada AJK sessi 2009/2010 yang baru dilantik, ucapan keramatnya ialah “Selamat Bekerja”.

Insya-Allah, jika kita mengharapkan yang baik dan melaksanakan dengan baik maka yang baiklah yang akan kita terima.

Sekian dan Salam.

Yang benar,

Pengerusi
Persatuan Penduduk Putra Terrace
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
.
Photo Album
Photos
May 11, 2009
Kuala Gandah,Lanchang,Pahang
109 Photos, 7 comments

   View All
.
Blog Entry
E-Buletin
Apr 27, 2009
AHLI JAWATANKUASA SESI 2009/2010 PERSATUAN PENDUDUK PUTRA TERRACE BANDAR SERI PUTRA NO. JAWATAN NAMA ALAMAT TELEFON E-MAIL... more
   View All
......
.
..
NoteGuestbook
   
.....
© 2012 Multiply · English · About · Blog · Terms · Privacy · Corporate · Advertise · API · Help · Sitemap

Template design - Copyright © 2005 sonnenvogel.com All rights reserved.